Friday 1 May 2009

LATIHAN MENGAJAR

Tahniah kepada pelajar-pelajar UPSI yang akan mengikuti latihan mengajar di sekolah pada bulan Mei 2009 nanti.

Sebagai penyelaras praktikum program pendidikan muzik UPSI, saya berharap semua pelajar dapat menyampaikan konsep muzik dengan betul dalam P&P. Berdampinglah dengan guru pembimbing dan berbincanglah pendekatan yang betul untuk menyampaikan pengajaran. Jangan lupa berlatih meningkatkan kemahiran muzik anda kerana pelajar di sekolah juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memainkan alat muzik.

Hubungi dan berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kesesuaian konten p&p yang hendak disampaikan supaya kehendak p&p praktikum dapat dipenuhi.

Jalinkan hubungan yang baik dengan warga sekolah, agar anda dihargai dan mendapat sokongan daripada pihak sekolah. Jaga disiplin diri di sekolah.

SELAMAT MENJALANI PRAKTIKUM.


No comments:

Post a Comment