Friday 1 May 2009

TRANSFORMASI PENDIDIKAN ALAF 21

Salam sejahtera,

Pendidikan negara kita telah mengalami transformasi ke arah gaya pendidikan alaf 21. Pendidikan alaf 21 lebih menekankan kepada gaya pengajaran 'student oriented' berbanding pengajaran secara konvensional yang berpusat kepada guru. Pelajar sekarang perlulah menguasai kemahiran ICT dengan baik selaras dengan perubahan fenomena pendidikan kini yang memperluaskan pembestarian sekolah ke 10,000 buah sekolah seluruh negara.

Pembestarian sekolah bukan sahaja setakat membekalkan peralatan ICT di sekolah tetapi fokus utamanya ialah mengimplimentaskan ICT tersebut dalam P&P agar kelas lebih hidup dan pencambahan idea boleh terjadi antara pelajar. Untuk mengimplimentasikan ICT ini, guru perlulah mempunyai keupayaan untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, kepada semua pendidik dan bakal pendidik perlulah menguasai kemahiran ini dengan baik supaya mampu menjadi guru yang berfungsi di sekolah kelak selaras dengan motto negara Pendidikan Bertaraf Dunia selari dengan kebitaraannya. 


No comments:

Post a Comment