Monday 19 October 2009

PENDIDIKAN MUZIK MERENTASI KURIKULUM

PENDAHULUAN

Di dalam sisitem pendidikan di Malaysia, pendidikan muzik tidak diletakkan di dalam kelompok mata pelajaran teras ( utama ). Malah muzik itu sendiri masih belum dapat diterima oleh sesetengah golongan masyarakat dan sering disalahertikan dengan memandang negatif serta menganggap muzik dan mata pelajaran itu tidak penting. Pendapat dari beberapa individu di dalam menyatakan soal muzik dan pendidikan muzik: “ Masyarakat hanya tahu bahawa muzik itu ialah menyanyi dan bermain alat muzik sahaja. Muzik hanya diletakkan di bawah bidang hiburan, selagi ianya berlaku, selagi itulah muzik dilihat sekadar hiburan semata-mata, bukan satu pendidikan ” ( Hanafi Imam ). “ Ramai orang menganggap muzik sebagai perkara remeh dan tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk mendidiknya ke arah yang positif ” ( Habsah Hassan ). “ Sudah sampai masanya masyarakat melihat muzik amnya dan pendidikan muzik khususnya dari sudut yang positif dan kepentingannya perlu dilihat dari sudut perkembangan rohani para pelajar itu sendiri ”. ( Datuk Dr. Abdul Shukor Abdullah ).

Walaupun pendapat – pendapat ini diajukan secara umumnya kepada masyarakat, ia juga jelas merangkumi golongan pendidik Sesungguhnya mereka ini sengaja tidak mahu mencelikkan akal mereka untuk melihat kepentingan muzik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang pendidik, mereka seharusnya sedar bahawa kecerdasan muzik itu ( musical intelligence ) adalah salah satu daripada pelbagai kecerdasan ( muitiple intelligence ) yang ada pada setiap kanak-kanak seperti mana yang dihuraikan oleh Howord Gardner dalam bukunya franes of mind, ( Dr. Ismail Zain )

MUZIK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN MATEMATIK

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pelajar kolej yang mendengar karya Mozart akan dapat mempertingkat “ short term Spatial ” mereka. Ramai guru yang mendapat pengalaman yang positif ( baik ) dalam menggunakan muzik sebagai satu alat untuk mengajar matematik. Melalui muzik, didapati bahawa murid dapat mempertingkatkan kesedaran ruang ( spatial reasoning ), pengiraan, penyelesaian masalah, membuat graf dan sebagainya. Lagu mengira ( counting song ) adalah merupakan sebahagian daripada bahan yang sering digunakan di pusat - pusat asuhan kanak-kanak sejak sekian lama.

Pengarang, Grace Nsh telah memperkenalkan banyak “ rhythym games ” dan lagu-lagu yang bersesuaian dan boleh digunakan dalam belajar mengira. Murid - murid akan didedahkan bagaimana cara untuk membuat graf atau diagram bagi menjelaskan sesuatu idea yang abraks. Ini amat berguna kepada murid dan sesuai digunakan bagi strategi penyelesaian masalah. Gabungan kemahiran ini dengan pendengaran murid ini boleh menambah perngalaman belajar yang lebih berkesan. Cara ini boleh diaplikasikan dengan meminta murid mendengar sesebuah lagu dan seterusnya mereka mencipta graf untuk mentafsir atau menulis lagu tersebut, Contohnya lagu yang popular adalah seperti Row Row Your boat, Twinkel, twinkle little star, dan lain-lain. Dengan menggunakan lagu-lagu ini, murid- murid diminta mencipta graf corak melodi sendiri disamping menyanyikan lagu tersebut.

Apa yang nyata adalah membaca notasi muzik itu sendiri memerlukan kemahiran matematik. Ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi kemahiran matematik seseorang murid. Terdapat banyak bahan yang menggabungkan unsur -unsur muzik dalam aktiviti matematik yang mana dapat membantu guru memperkembang bidang pengurusan masa dan penyelesaian masalah serta secara tidak langsung dapat mepertingkatkan penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran matematik.

MUZIK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN BACAAN & PENULISAN

Setiap pelajar akan membuat perubahan dan perbandingan di antara membaca secara kuat dan perlahan. Apabila menyanyi pula, mereka tidak hanya menggunakan anggota mulut sahaja tetapi berhubung kait juga dengan anggota telinga. Nyanyian adalah satu seni pendengaran iaitu dengan bertindak balas dengan apa yang kita dengar. Kenyataan di mana aktiviti nyanyian adalah selalunya diikuti oleh penggunaan perkataan adalah merupakan satu kelebihan yang amat menarik dan tidak harus dipandang remeh oleh golongan pendidik. Mempelajari sesuatu lagu baru yang menggunakan perkataan -perkataan yang di susun dengan mudah dan sesuai dengan tahap pelajar adalah salah satu cara yang baik dan boleh membantu kemahiran membaca dikalangan pelajar.

Manakala penggunaan buku catatan dan jernal lagu pula merupakan satu aktiviti yang amat berkesan untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar. Pelajar boleh mempelajari perkataan, bunyi vowel dan mengeja sewaktu menyanyikan lagu. Dengan menggunakan “ nursery rhyme”, Hickory Dickery Dock, ianya boleh menjadi suatu avtiviti atau permainan menarik untuk mepelajari konsonan dan vowel. Cohtoh aktiviti:

Ketua kumpulan : Hhhhhhhi ( ketua membentuk huruf H dengan menggunakan tangan )

Ahli kumpulan : Hhhhhhhhi ( mengajuk perlakuan ketua kumpulan )

Ketua kumpulan : K ( membentuk huruf K )

Ahli kumpulan : K !

Ketua kumpulan : Oh !

Ahli Kumpulan : Oh !

Ketua kumpulan : Rrrrrrrrrry

Ahli kumpulan : Rrrrrrrrrrrry

Aktiviti yang menggunakan konsonan dan vowel yang mudah ini dapat membantu sebutan dan bacaan. Satu lagi contoh aktiviti yang boleh digunakan adalah lagu mengeja ( spelling song). Pelajar kebiasaannya memproses maklumat tentang nyanyian lebih baik daripada bercakap. Ini adalah kerana otak mereka lebih mudah untuk memproses sesuatu bentuk perlakuan ( patterns ) daripada maklumat yang umum atau rambang. Dengan menggunakan teknik panggil dan ajuk ( call- and- response ) , pel;ajar disediakan aktiviti yang mana mereka mengulangi frasa lagu yang mudah seperti “ Hat, spell H-A-T,” atau contoh lagu mengeja di bawah:

Ketua kumpulan : Lasagna

Ahli Kumpulan : Lasagna

Ketua kumpulan : Some cats like lasagna

Ahli Kumpulan : Some cats like lasagna

Ketua kumpulan : All A’s with a silent G

Ahli Kumpulan : All A’s with a silent G

Ketua kumpulan : And an S, not a Z

Ahli Kumpulan : And an S, not a Z

Ketua kumpulan : L-A-S-A-G-N-A

Ahli Kumpulan : L-A-S-A-G-N-A

Di dalam kurikulum pendidikan muzik di negara kita juga terdapat banyak bahan yang boleh digunakan oleh seseorang guru, bukan sahaja guru muzik tetapi guru mata pelajaran lain. Sebagai contoh guru bahasa boleh menggunakan aktiviti nyanyian dengan menggunakan buku-buku buku lagu yang tedapat di setiap sekolah. Memang tidak dapat dinafikan terdapat banyak lagu yang disertakan dengan senikat kata yang amat sesuai dan ditambah pula dengan melodi yang menarik. Ianya sudah pasti boleh digunakan oleh setiap pendidik terutamanya guru-guru bahasa untuk melatih kanak-kanak mempelajari konsonan, mengeja dan sebagainya. Di bawah adalah beberapa contoh lagu yang telah di petikl dari buku pendidikan muzik KBSR

Contoh 1 ( Lagu Tahun 1 , Tajuk : Satu Dua Tiga )

Satu dua tiga empat lima,

Boleh kita jalan sama-sama

Enam tujuh lapan dan sembilan

Siapa lambat akan ketinggalan

Satu dua tiga empat lima,

Cuba lihat itu rama rama

Enam tujuh lapan dan sembilan

Dia sedang berterbangan.

Contoh 2

Ha Ha Ho Ho ( lagu Tahun Satu )

A - nama hurufnya, a – itu bunyinya, Ha ha ha ha ha ha ha ha

E - nama hurufnya, e – itu bunyinya, He he he he he he he he

I - nama hurufnya, i – itu bunyinya, Hi hi hi hi hi hi hi hi

O - nama hurufnya, o – itu bunyinya, Ho ho ho ho ho ho ho ho

U - nama hurufnya, u – itu bunyinya, Hu hu hu hu hu hu hu hu

Selain dari menggunakan lagu-lagu, ramai pendidik sudah mula menggunakan latar belakang muzik sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya apabila terlibat dengan aktiviti bacaan. Sudah tentulah sewaktu aktiviti dijalankan pemilihan muzik haruslah sesuai seperti muzik yang lembut yang boleh terdiri daripada muzik-muzik rakyat atau klasik barat dan lain- lain. Adalah didapati muzik boleh menghasilkan suatu kuasa minda yang kuat dan ianya berhubung kait dengan tindak balas semerta ( entranment ) yang dapat membantu menguatkan daya ingatan para pelajar. Irama daripada otak akan mengecam dan menerima dengan baik irama daripada muzik dan seterusnya ini dapat membantu pembelajaran pelajar.

Daripada beberapa contoh aktiviti yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa sebarang aktiviti yang boleh menguatkan pendengaran dalaman pelajar juga boleh menguatkan keupayaan membaca dan sudah pastinya muzik boleh menjadikannya kenyatataan.

MUZIK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN SAINS

Satu uji kaji saing tenteng bagaimana suara manusia dapat melahirkan tarian pasir ( sand dance ) iaitu dengan menggunakan alat muzik drum getar atau bass., sedikit pasir yang kering, mikrofon , amplifier dan pembesar suara. Amplifier tadi telah disambungkan kepada pembesar suara mengadap ke atas dipermukaan lantai. Letakkan permukaan atas pembesar suara dengan membenarkan udara bergerak diantaranya.

Letakkan pula pasir yang kering tadi di atas permukaan drum, dan pelajar diminta menyanyi menggunakan mikrofon dan perhatikan bagaimana pasir tadi bergerak. Apa yang menariknya tentang ujikaji ini adalah bagaimana kita dapat membentik pergerakkan pasir tadi., bergantung kepada jenis vowel yang dinyanyikan , berapa tinggi atau rendah sesuatu nit, atau sanada bagaimana cara pelajar itu menyanyi, apakah dengan “ nasal ” atau suara yang dipengaruhi oleh mood.

Untuk mendapatkan kesan yang memuaskan, elakkan pelajar daripada menjerit. Ini boleh menyebabkan pasir tadi terkeluar terus dari permukaaan drum tadi tanpa membentuk apa-apa bentuk yang tertentu. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana jika sesuatu uji kaji sains dijalankan , penyimpanan rekod adalah amat penting , begitu juga dengan sesuatu keputusan. Oleh itu pelajar harus memberikan kerja sama dengan menyanyi dalam keadaan yang betul.

Ujikaji ini telah menggunakan seramai empat orang pelajar yang boleh dinamakan sebagai perlajar A,B,C, dad D untuk menyanyikan vowel Oo yang panjang dengan pic tertentu. Pelajar A dan C diminta untuk menyanyikan vowel Oo dengan menggunakan not yang tinggi. Pelajar B dan D pula menyanyikan vowel Oo dengan menggunakan not yang rendah. Selepas mereka selesai menjalankan aktiviti ini, mereka diminta untuk melukis kesan atau bentuk pasir yang terhasil. Pelajar-pelajar ini juga akan mengulangi aktiviti ini dengan menggunakan vowel yang berbeza dan menyanyikan not yang berbeza untuk mendapatkan kesan yang berbeza.

Ujikaji ini telah menunjukkan perkaitan antara muzik dengan biologi manusia. Ramai orang ingin tahu kenapa kita akan bergerak dan terasa ingin menari apabila terdengar sesuatu lagu atau muzik, contohnya muzik rock, disko dan lain-lain. Dengan menggunakan ujikaji yang sama, cuba kita mainkan muzik rock contohya, dan lihat bagaimana pasir itu bergerak atau menari. Begitu juga dengan naluri dan refleksi manusia terhadap sesuatu muzik. Ia dalah sesuatu tindakan yang secara semula jadi atau automatik. Tambahan pula dengan menggunakan muzik yang menarik, boleh menyebabkan tindakabalas dalaman ( adrenaline ) akan meningkat, menyebabkan seseorang itu segera bertindak balas apabila mendengar sesuatu irama atau tarian.

MUZIK MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN SOSIAL

Mempelajari kepelbagaian kebudayaan dalam sesuatu masyarakat adalah amat menarik. Terutamanya apabila seseuatau kebuadayaan itu disambut dan disaksikan sendidi pada hari perayaan sesuatu kaum. Ini memberikan banyak peluang kepada murid untuk mempelajari tentang kebudayaan itu sendiri dan juga muziknya. Hakikatnya setiap kebudayaan itu menerima muzik dalam keadaan yang berbeza. Di Afrika Barat contohnya, walaupun tiada perkataan untuk muzik tetapi ianya ada di mana-mana. Apabila mereka bekerja, mereka menyanyi. Tempat-tempat awam pula penuh dengan pemuzik jalanan ( streeet musicians ). Kanak-kanak ditaman yang sedang bermain asyik dengan nyanyain dan menari.

Begitu juga apabila mereka mengusahakan kebun, mereka menyanyi. Ini berlaku kerana ujudnya kepercayaan bahawa jika mereka tidak menari dan menyanyi sesuatu kebun itu tidak akan menjadi. Adalah amat sukar utnuk memahami sesuatu kebudayaan dan cara kaum tersebut berfikir jika seseorang tidak terlebih dahulu memahami bagaimana untuk mengenalpasti diri sendiri. Apa yang pasti, muzik dan seni dapat membantu menghasilkan identiti sesuatu kebudayaaan yang akan membolehkan mereka diterima dan bersatu sesama sendiri dan orang lain. Apabila pelajar mempelajari muzik dalam kepelbagaian kebudayaan, mereka akan secara tidak langsung akan menambahkan ilmu pengetahuan tentang kebudayaan kaum mereka sendiri.

Di dalam kurikulum pendidikan muzik untuk sekolah-sekolah menengah juga ada diselitkan unsur kemasyarakatan di mana pelajar perlu mempelajari budaya daripada perlbagai kaum di Malaysia. Ini jelas dalam objektif pembelajarannya yang memerlukan pelajar mempetingkat pengetahuan tentang muzik tradisional masyarakat Malaysia dan budaya yang berkaiatan dengannya serta muzik daripada budaya lain. Dengan adanya pengetahuan ini, adalah diharapkan pelajar – pelajar akan lebih memahami dan menghormati muzik dan budaya kaum lain di malaysia dan seterusnya mempertingkatkan kemahiran bersosial yang secara tidak langsung membawa kepada perpaduan kaum.

Muzik juga boleh diaplikasikan penggunaan di dalam mengajaran pendididan agama dan moral. Ia lebih tertumpu kepada penggunaan lagu - lagu yang boleh mempertingkatkan kesedaran agama dan unsur – unsur kerohanian di dalam jiwa pelajar. Terdapat banyak bahan yang boleh digunakan oleh guru termasuklah bahan atau lagu -lagu yang terkandung di dalam sukatan pendidikan muzik yang terdapat di sekolah atau pun lagu – lagu semasa yang berbentuk kerohanian ( nasyid ). Sebagai mana yang kita ketahui, lirik-lirik lagu naysid lebih bersifat rirtual yang menyentuh aspek kehidupan, contohnya selawat, nama-nama nabi dan sebagainya. Penerapan nilai murni juga boleh disemai dengan lebih berkesan kepada pelajar melalui aktiviti muzik seperti nyanyi lagu-lagu tersebut. Ia akan lebih menyeronokkan dan secara tidak langsung boleh mengelakkan kebosanan

PENUTUP

Walaupun muzik itu masih dianggap hanya sebagi hiburan semata-mata oleh sesetengah golongan masyarakat dan pendidikan muzik bukanlah merupakan mata pelajaran teras di sekolah rendah dan menengah, ianya bukanlah faktor sebenar untuk kita menafikan kepentingannya dalam kehidupan mahu pun di dalam bidang pendidikan. Golongan pendidikan, bukan sahaja pendidik muzik di negara ini perlu sentiasa bersikap positif dengan mengambil inisiatif untuk menerima seterusnya menggunakan muzik itu sebagai alat yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Johaimi Abdullah, “ muzik juga boleh digunakan untuk membantu mata-mata pelajaran lain di Malaysia, khasnya pada peringkat sekolah rendah. Lagu The Alphebet Song misalnya, boleh digunakan oleh guru Bahasa Inggeris. Muzik juga boleh digunakan dalam konteks Pendidikkan Jasmani iaitu bagi aktiviti -aktiviti sepeti gimrama, aerobik, dan tarian” .

Malah beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran melalui muzik itu saling berhubung kait dan mempunyai kesinambungan di dalam mata pelajaran lain, terutamanya seni bahasa ( language arts ). Persidangan Pendidik Muzik Kebangsaaan di Amerika Syarikat ( MENC ) melaporkan bahawa pelajar yang mengambil kursus kesenian secara keseluruhannya mencapai keputusan markah yang lebih baik dalam mata pelajaran lain berbanding pelajar lain. Ia meliputi mata palajaran seperti pelajaran kemasyarakatan ( social studies ) atau pun metematik. ( Grant Newman, 1995 ).

Oleh yang sedemikian, setiap pendididk di negara ini seharusnya sentiasa kreatif dan inovatif dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajran serta tidak hanya terikat dengan apa yang terkandung di dalam sukatan pelajaran semata-mata. Sebagai contoh, seorang guru bahasa dan matematik, boleh mengelakkan kebosanan pelajar semasa proses pembelarjaran, disamping menggalakkan mereka mempertingkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Terdapat banyak aktiviti muzik yang boleh digunakan oleh guru-guru sewaktu di dalam pengajaran di bilik darjah sebagai contoh seperti nyanyian, muzik dan gerakan serta permainan alat. Apa yang lebih penting, setiap guru harus berubah sikap dengan menerima muzik dan pendidikan muzik itu secara positif. Bak kata pepatah melayu, “ tak kenal maka tak cinta ” dan “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ” .

BIBLIOGRAFI

Page, Nick. ( 1995 ). Strategies For Teaching And Learning Professional Library, Musik as a way of Knowing. The galef Institute, Los Angeles, California.

Jeans, James. ( 1968 ). Sciens & Music. Dover Publications, Inc, New York, U.S.A.

Newman, Grant. ( 1995 ). Teaching children Music. Mc Graw Hill companies, U. S. A.

Deborah Hasting. Music Way To Raise Maths Skills. New Steats Times, 17 Mac 1999. ms 8

Johami Abdullah. ( 1993 ). Pendidikan Muzik Semasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Dr. Ismail Zain.. Kecerdasan Muzik Dalam Pembelajaran. Utusan Malaysia, 9 Mei 2001. ms 4.

Rudy Imran Shamsuddin. Semua Sekolah Perlu Ada Kumpulan. Utusan Malaysia, 19 November 1999. ms 3

Zainuri Misfar. Bukan Semua Muzik Negatif Berita Minggu, 25.Julai 1999. ms 9

Noorzila Jamaluuddin. ( 2002 ). Al Islam : Sejauh mana berkesannya mesej dalam lagu. Utusan Prinntcorp Sdn. Bhd., Bangi, Selangor.

C.H.Lee. ( 1996 ). Pendidikan Muzik KBSR, Tahun 1. Rhythm Publishing Co. Sdn Bhd. Pulau Pinang, Malaysia.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Menengah ( 1998 ). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1 comment:

  1. Congrate... PM Fuad.. dah ada blog sendiri... Good approached... harap student dpt manfaatkannya..

    ReplyDelete