Saturday 2 January 2010

PIANO MAYA

Salam sejahtera. baru-baru ini saya ada membaca berkaitan Piano Maya yang mana kita boleh merasakan muzik secara talian. Melalui piano maya atau virtual kibod anda tak perlu menjadi komposer untuk berasa seronok menggunakannya. Di piano maya anda boleh bermain piano atau lapan lagi instrumen lain seperti organ,saxaphone,flute,pan pipes,strings,gitar,steel drums dan double bass secara talian. Jika ketika anda kesunyian dan tidak mempunyai alat muzik dan hanya mempunyai sambungan kerangkaian dan sebuah komputer, anda juga masih mampu mencurahkan idea melalui laman web ini. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mencuba piano maya ini bolehlah layari laman web URL-"http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/music/piano/index.htm">

Ini juga salah satu cara untuk merangsang kelas dengan aktiviti muzikal yang lebih menyeronokkan. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment